semenjak grab Nikon D3100 dua minggu lepas semenjak 2 jugalah terpaksa ketepikan keinginan untuk belajar menggunakan ND3100 kerana sesuatu yang lebih penting untuk dihadapkan iaitu pemergian bapa mertua sehari selepas ND3100 menjadi milik saya.. semalam merupakan malam ke-7 tahlil untuk abah.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar..
tepat jam 12.30 tengah malam semalam, selesai mencuci pinggang mangkuk.. dan pada saat itu jugalah rasa rindu untuk menggenggam ND3100 menusuk kalbu then terus je cari manual ND3100 untuk ditelaah.. banyak jugak yang baru saya pelajari dari awal muka surat sampai la ke muka surat 38 kalau tak silap kerana penat majlis tahlil tidak lagi hilang.. namun masih banyak lagi yang saya kurang faham terutamanya berkenaan dan AE-L/AF-L..apa itu?..masih lagi tercari2 makna dan maksud sebenar disebalik term2 tersebut.. kalau ada para sifu2 diluar sana ingin kongsikan apa2 sahaja yang berkaitan atau tak saya seribu kali menadah tangan mmohon untuk menuntut ilmu..
Untuk menunjuk ajar benda2 alah ni saya memohon maaf kerana masih terlalu baru dalam bidang ni dan tidak dapat kuasai lagi bahasa2 photografi ni.. ada terlintas untuk membuat sesuatu kesimpun tapi bila dan ditaip tak tahu term apa yang patut digunakan.. bukan kedekut ilmu tetapi masih dalam proses pembelajaran.. kalau dah mahir saya pasti akan kongsi bersama rakan2 semua ye.. setakat ini dulu lah.. sekian, terima kasih.. :)

0 comments:
Post a Comment