Tuesday, 2 October 2012

sesi pengenalan...

assalamualaikum & selamat petang..

hai semua.. untuk sesi pengenalan ni saya just nak bagitahu tentang wujudnya blog ini untuk apa.. sebenarnya saya dalam proses untuk berjinak-jinak dengan dunia fotografi.. minggu lepas dah grab Nikon D3100 + free gift : bag + tripod + cleaner kits + memory card.. alhamdulillah.. syukur.. sekarang dalam proses pembelajaran.. masih lagi mencari2 info2 berkaitan cara penggunaan dan sebagainya.. setakat ni kalau orang bercakap mengenai shutter speed, aperture dan ISO dapat saya bayangkan benda alah tu semua.. hehe..

ok.. untuk sesi pengenalan rasanya dah cukup untuk dslr.. kita ke sesi yang seterusnya iaitu wedding.. dalam proses perancangan jugak untuk create bisnes berkaitan dengan wedding.. antaranya kanopi dan semestinya wedding photographer.. masih juga mencari2 tempat yang paling murah dan kualiti yang membanggakan.. setakat ni paling murah RM1,600 jenis piramid bersaiz 20x20.. kalau ada yang terbaca post ni nak recommend mana2 tempat di kelantan ni boleh la commend kt bawah ni ye.. tq.. :)

insyaAllah jika diizinkan olehNya dapatlah dilaksanakan segala perancangan ni.. segalanya demi mencari side income untuk keluarga.. insyaAllah..

so, rasanya setakat ni dulu sesi pengenalan kita ye.. saya akan update blog ini dari masa ke semasa jika tidak ada kekangan.. so, kalau berminat untuk nantikan post yang seterusnya bolehlah untuk Ctrl+D ye kawan2 sekalian.. salam perkenalan.. salam ukhuwah.. terima kasih..

wassalam..

0 comments:

Post a Comment